Selasa, 08 Mei 2012

Lemahkah Wanita?



Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

--------------

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

-------------------

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .

* Pak Belang

Tips kejutkan org bersahur



Kalau nak kejutkan org bangun tidur esp sahur..cam ni antara caranya..

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

Tp kalau still tak effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau bleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dr tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempabumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bg ambik bau sikit

Tp kalau still tak effect gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin! hehehehehe

tp kalau still tak effect gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya

*Pak belang

Kaedah boleh diamal hindari mengumpat jadi budaya hidup




Untuk ingatan pada diri sendiri dan kawan-kawan...

dipetik dari Berita Harian
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

MENGUMPAT ialah menceritakan, menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain yang dilakukan sama ada disedari atau tidak.

Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui orang yang mendengarnya. Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Muslim).

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

Sabda Rasulullah, "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar di akhirat. Pada rekod amalan mereka, akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah bermaksud, "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah, "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya" . Maka Allah menjawab, "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu, banyakkan zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini.

Antaranya ialah:

l. Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

2. Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

3. Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:

1. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

2. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

3. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

4. Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

5. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Nikmat




             Kalau tak sakit, tak rasa nikmat sihat.. kalau tak ada duit tak rasa nikmat berduit... kalau gaji tak masuk tak rasa nikmat bergaji (sesetengah orang akan faham ni).. kalau lapar tak rasa nikmat kenyang dan bermacam-macam kalau lagilah. Macam tu lah kita selagi bergelar manusia ni, mudah sangat lupa, mudah sangat lalai kalau sesekali tidak diketuk mungkin berpanjangan lupanya.. Tapi apa-apa pun kalau sudah jatuh kena bangun semula, rancang semula, betulkan kesilapan lalu supaya keadaan menjadi lebih baik InsyaAllah, tapi sentiasa yakin bahawa apa yang berlaku adalah dalam ketentuan Allah dan Dia lebih tahu itu adalah yang terbaik untuk kita, ujian untuk kita dan orang-orang di sekeliling kita juga, ada hikmahNya... aku percaya.. aku bersyukur selagi aku ingat Allah Tuhanku..

Syukur lagi dan lagi..




Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!
Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita. Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu.
Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.Fikir, renung, timbang dan muhasabah lah diri.

Hidayah




Hidayah adalah satu perkara yang sangat berharga kerana dari sanalah sebagai titik tolak seseorang itu masuk Islam. Kemudian dari situ terus dia berusaha untuk mendapatkan iman serta lain-lain lagi yang ada di dalam ajaran Islam. Atau seseorang Islam itu telah terbuka pintu hatinya untuk beramal maka dari situlah dia berusaha untuk mempelajari ilmu Islam dari sumber Al Quran dan Hadis serta mengamalkannya.Firman Allah SWT:Maksudnya: "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam." (AlAn'am: 125)


Kalau seseorang yang belum Islam, belum mendapat hidayah ertinya hatinya belum terbuka untuk menerima Islam atau masuk agama Islam. Begitu jugalah seseorang yang berketurunan Islam, jika hidayah belum didapati ertinya hatinya tidak akan terbuka untuk beramal dan memperjuangkannya.Setelah berusaha mempelajari dan setelah hati terbuka untuk beramal maka selepas itu mungkin akan mendapat taufik dari Allah Taala. Ertinya apa yang diamalkan itu tepat atau berkebetulan dengan kehendak Allah Taala.


Maka sempurnalah Islam seseorang itu kerana seluruh amalan telah bergabung di situ di antara hidayah dengan taufik. Walau bagaimanapun setakat hidayah itu pun sudah merupakan satu anugerah yang sangat berharga dari Allah Taala yang Maha Pemurah. Ini kerana dari hidayah itu pintu hati telah terbuka menjadi seorang Islam, atau seorang Islam telah terbuka pintu hatinya untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam.Oleh kerana hidayah satu benda yang berharga, bukan semua orang mendapatnya atau memperolehinya. Walau bagaimanapun, untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang tidak sama di antara satu sama lain.


Di bawah ini saya senaraikan beberapa sebab seseorang itu mendapat hidayah iaitu:


1. Mereka lahir di dalam keluarga yang beragama, maka mereka mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.


2. Mereka yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Mereka terus mencari dan mengamalkan. Golongan itu amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah.


3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.


4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat- lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan itu maka akhirnyamereka bertemu dengan kebenaran itu.


5. Golongan yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis majlis agama maka mereka sebahagiannya mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.


6. Golongan yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi. Di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT.


7. Ada golongan yang mendapat kebenaran kerana Allah beri mereka mengalami alam kerohanian seperti mimpi melihat alam Barzakh, mimpi melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat Kiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih, dan lain-lain lagi benda yang ajaib. Selepas itu mereka pun kembali kepada kebenaran.


8. Ada orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri, ukhwah tiada. Maka dari peristiwa itu mereka sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup di dunia lagi tidak menjamin mendapat kebahagiaan, apatah lagi di Akhirat kelak.


9. Ada golongan yang mereka sendiri alami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai. Hidup di dalam keluarga porak-peranda. Lantas mereka insaf dan sedar, akhirnya mencari jalan kebenaran.


10. Ada golongan yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doanya dikabulkan oleh Allah. Maka Islamlah dia, seperti kisah Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.


HIDAYAH DAN TAUFIK KENALAH JAGA


Hidayah dan taufik adalah merupakan intan berlian maknawi dan rohani. Ia adalah sangat berharga. Seperti jugalah intan berlian yang bersifat maddi (material). Sesiapa yang memilikinya, dia dianggap orang kaya dan mulia. Begitulah orang yang memiliki intan berlian maknawi dan rohani. Dia merupakan orang kaya Tuhan. Dia telah mendapat segala-galanya. Sesiapa yang mempunyainya, hidupnya terpimpin. Akhlaknya mulia. Syariatnya terjaga. Imannya teguh dan bercahaya dan dia menjadi orang yang berbahagia.Perlu diingat, hidayah dan taufik seperti jugalah barang yang berharga, umpama emas, intan, berlian, ia boleh hilang. Oleh itu kenalah jaga dan pelihara sebaik-baiknya agar ia jangan hilang dari kita. Barang yang hilang dari kita, susah hendak memilikinya semula melainkan terpaksa berhempas pulas berusaha mencarinya. Kalau tidak ia tetap terus hilang dari kita buat selama-lamanya.Oleh kerana itulah Allah SWT mengingati kita di dalam AlQuran:Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami selepas Engkau memberi kami petunjuk dan kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi." (Ali Imran: 8)


MENJAGA HIDAYAH DAN TAUFIK


Bagaimana menjaga dan memelihara hidayah dan taufik agar ia kekal menjadi milik kita atau agar ia tidak hilang dari kita. Di antaranya ialah:


1. Kita syukuri nikmat Allah SWT yang paling berharga itu. Kita rasakan bahawa ia adalah nikmat dan pemberian yang tidak ternilai.


2. Kita istiqamah mengamalkannya dengan tekun serta penuh rasa bimbang kalau-kalau Allah SWT mengambilnya semula atau bimbang kalau Allah Taala tarik semula.


3. Kenalah mujahadah selalu dengan penuh sabar. Terutama di waktu-waktu terasa malas hendak mengerjakan kebaikan dan terasa ringan hendak melakukan kemungkaran.


4. Bergaul selalu dengan kawan-kawan yang baik. Ini sangat membantu kita menjaga syariat di dalam kehidupan dan kita terasa ada kawan.


5. Kalau kita memang orang yang dipimpin, jangan terlepas daripada pimpinan. Adanya pimpinan itu perlu kerana kita sentiasa mendapat nasihat, tunjuk ajarnya serta ilmunya yang diberi dari masa ke semasa.


BAGAIMANA HIDAYAH DAN TAUFIK DITARIK SEMULA


Hidayah dan taufik kalau tidak pandai menjaganya ia akan diambil semula atau akan hilang semula dari kita. Di waktu itu kita akan hidup terumbang-ambing. Tiada disiplin, tiada istiqamah, malas beramal, ringan saja dengan maksiat, jiwa derita dan sengsara walaupun punya kekayaan yang banyak dan serba ada. Di antara sebab-sebab hidayah dan taufik ditarik balik ialah:


1. Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjuk ajar kepada kita dan lari dari pimpinannya. Di waktu itu kita kehilangan pemimpin. Terumbang-ambinglah hidup kita.


2. Derhaka dengan dua ibu bapa. Kita sia-siakan kedua-duanya. Kita biarkan ibu bapa tidak terurus dan terjaga hingga terbiar kehidupan kedua-duanya. Lebih-lebih lagi kalau dia marah atau rasa tidak senang dengan kita.


3. Apabila jiwa kita telah terpengaruh dengan dunia, maka dengan ibadah sudah tidak seronok atau telah mula terasa berat mengerjakannya. Maka ia perlahan-lahan luntur dan mula cuai, dengan halal dan haram mula tidak ambil kira, akhirnya takut dengan Allah SWT perlahan-lahan dihakis dari hati kita hingga hilang semuanya sekali.


4. Menzalim orang lain. Dengan sebab menzalim, rasa takut dengan Allah SWT sedikit demi sedikit dicabut. Selepas itu cuai pun datang. Malas beribadah. Kemungkaran dan maksiat sedikit demi sedikit sudah berani dibuat. Begitulah seterusnya hingga hanyut dan tenggelam di dalam maksiat.


5. Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga syariat. Kemudian terus terasa seronok dengan kebebasan itu. Kemudian terus terlajak dan sedap dengan perbuatan itu dan selepas itu terus hanyut dengan arus kemungkaran dan maksiat. Takut dengan Allah SWT pun lenyap.

kelebihan-kelebihan bismillah